8月份除了是国庆月,同时也是本校国语月,国文组精心策划了一系列活动,包括短片拍摄、海报设计和常识比赛,以庆祝国语月及国庆月。
8月30日当天,江沙县十所中小学齐聚崇华独中,共同欢庆这一重要节日。参与活动的学校不分种族,各族学生带来了精彩的表演,包括马来民间歌曲Dikir Barat、民族传统舞蹈和朗诵爱国诗歌等节目。活动全程以国语为媒介语,为我校学生提供了一个宝贵的学习环境。
除了精湛的表演,国文组还安排了系列展览,如醒狮、节令鼓、书法、水墨画等,让友族体验不同的文化。不但如此,师生们也齐心协力绘制迷彩图,创作出国旗和大红花图案,展现了浓厚的爱国情怀。
活动还特别邀请到霹雳州教育局(学生才艺发展与课外活动组)助理总监Tuan Khairul Afandy bin Osman、北马区语文出版局主任Encik Armin Azhari bin Saleh,国家语文出版局(多元族群国语推广部)副主任Puan Haziah binti Che Husin, 江沙县教育局学校管理组(私立教育)助理主任Encik Izwan bin Abdul Rashid 和友校校长莅临观礼与支持。
庆典在十校学生齐声高唱爱国歌曲中进入尾声,随后在董事长拿督黄胜全AMP太平局绅的带领下,全体来宾及董师生高喊7声“MERDEKA”,欢呼声响彻讲堂,为当天的活动画上了圆满的句号。
当天出席活动的友校包括
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar
2. SMK Clifford
3. SMK Raja Perempuan Kelsom
4. SMK Raja Muda Musa
5. SMK Sayong
6. SMJK Tsung Wah 崇华华中
7. SJKC Tsung Wah 崇华小学
8. SK Clifford
9. SJK Gandhi Memorial
崇华独中董师生祝大家国庆日快乐!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-67!
MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2024
Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Sehubungan dengan itu, Unit Bahasa Melayu TWPS telah menetapkan bulan Ogos ini sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan di sekolah kami. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Unit Bahasa Melayu TWPS sepanjang bulan ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan filem pendek, pertandingan infografik, dan pertandingan kuiz.
Pada 30 Ogos, pihak sekolah dengan kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Sebanyak 6 buah sekolah Menengah dan 3 buah sekolah Rendah dari daerah Kuala Kangar telah mengambil bahagian dalam majlis pelancaran tersebut. Sepanjang majlis tersebut, para pelajar telah mempersembahkan pelbagai persembahan yang menarik termasuk Dikir Barat, tarian tradisional pelbagai kaum, deklamasi sajak patriotik, dan lain-lain lagi.
Selain itu, pihak sekolah dan Unit Bahasa Melayu TWPS juga telah mengadakan sesi pertukaran budaya pada hari tersebut. Antara kelab yang telah mengambil bahagian dalam sesi pertukaran budaya adalah kelab tarian singa, kelab gendang 24 musim, kelab kaligrafi, kelab Bahasa Tamil, dan lain-lain lagi. Tujuan sesi pertukaran budaya ini adalah untuk membolehkan rakan-rakan kaum lain dapat memahami budaya kaum lain. Bukan itu sahaja, guru-guru dan para pelajar juga telah bekerjasama untuk menghasilkan kolam yang berbentuk Jalur Gemilang.
Pihak sekolah juga turut mengundang Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Tuan Khairul Afandy bin Osman; Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Encik Armin Azhari bin Saleh; Timbalan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Haziah binti Che Husin; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Unit Pengurusan Sekolah (Pendidikan Swasta), Encik Izwan bin Abdul Rashid serta pengetua-pengetua sekolah di daerah Kuala Kangsar.
Majlis pelancaran ini diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar-pelajar dari sepuluh buah sekolah dan diikuti dengan laungan Merdeka yang dipimpin oleh pengerusi pengelola sekolah Dato Wong Seng Chin DPMP, AMP, JP.
Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam majlis ini adalah:
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
2. SMK Clifford
3. SMK Raja Perempuan Kelsom
4. SMK Raja Muda Musa
5. SMK Sayong
6. SMJK Tsung Wah
7. SJKC Tsung Wah
8. SK Clifford
9. SJKT Gandhi Memorial
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.
MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA



















